Shipping and Policy

Penghantaran/Pengeposan


1) Produk hanya akan dipos selepas 100% pembayaran diterima DAN bukti transaksi telah diberi kepada pihak Zira Naturactor . Pembayaran tanpa bukti transaksi TIDAK akan diterima.


2) Produk akan di pos sekurang-kurangnya Tiga hari seminggu kecuali cuti umum. ZN akan beritahu kepada pelanggan tarikh pengeposan dari masa ke semasa. Tarikh pengeposan mungkin tidak sama untuk setiap minggu. ZN berhak untuk menukar tarikh pengeposan tanpa notis awal. 


3)
Anda TIDAK digalakkan membuat 'last minute order'. Untuk pengeposan pada keesokan hari, pembayaran hendaklah dilakukan selewat2nya pada pukul 5 ptg pada hari sebelumnya. Pihak ZN TIDAK akan bertanggungjawab jika anda tidak menerima produk dalam jangkamasa yang diinginkan jika anda membuat last minute order.


4) Sesudah membuat pembayaran, anda MESTI memaklumkan kepada pihak ZN beserta BUKTI transaksi. Pihak ZN TIDAK akan bertanggungjawab jika barang anda tidak dipos, walaupun telah membuat bayaran.  Makluman boleh melalui medium berikut:


i. Email: zafirah.noor@gmail.com
ii. Sms/Whatapp: 013 3307835
iii. Facebook: Zira Naturactor
iv. Facebook Page: Zira Naturactor  Page

 
5) Semua pengeposan menggunakan khidmat pos laju. Kadar pos laju adalah seperti berikut:

Bagi 500g yang pertama;
Semenanjung Malaysia: RM 6
Sabah/Sarawak: RM9

Jika anda membeli produk lebih dari 500g, tambahan pos laju akan dikenakan. 


Polisi

1) Semua produk yang dijual adalah dijamin 100% ORIGINAL.


2) Wang akan dikembalikan (sepenuhnya) jika pelanggan mendapati produk yang dijual adalah tiruan (sila sertakan bukti yang kukuh).



3) Pengembalian wang hendaklah dituntut dalam masa 30hari dari tarikh pembelian dengan syarat produk tersebut masih dalam keadaan baru, TIDAK digunakan, TIDAK rosak dan sebagainya.



4) Kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan/kehilangan semasa pengeposan. 



5) Jika anda melakukan pembayaran lebih dari yang sepatutnya, contohnya amount yang perlu dibayar adalah RM46, tetapi anda memasukkan RM50, baki RM4 TIDAK akan diletakkan ke dalam parcel anda, sebaliknya anda diberi pilihan berikut:

     i) Baki anda akan dipulangkan ke akaun Maybank/CIMB. Jika anda memilih  pilihan ini, sila beri maklumat akaun anda kepada pihak NC ATAU;
    ii) Baki anda akan disimpan oleh pihak ZN dan nilai akan ditolak untuk pembelian anda pada masa akan datang bersama ZN.

Tiada pemulangan baki secara tunai didalam parcel dilakukan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan wang semasa penghantaran.


6) Tempahan awal tanpa bayaran/deposit adalah tidak dibenarkan. Jika anda membuat tempahan awal tetapi tidak melakukan pembayaran, kami tidak dapat memberi jaminan produk tersebut masih berada dalam stok apabila pembayaran dilakukan (kemungkinan 4-5 hari selepas tempahan dilakukan).



7) Penukaran barang dibenarkan jika berlaku kesilapan semasa pengeposan, seperti kod warna yang diterima tidak sama dengan yang ditempah, dan sebagainya dengan syarat produk tersebut masih dalam keadaan baru, BELUM digunakan, TIDAK rosak dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment