Wednesday 16 October 2013

Hari Raya Korban 2013


Hari ini adalah Hari Raya Korban 2013. Zira nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha untuk smua umat islam yang berada di luar sana tak kira lah dekat mana korang berada. Yang dalam perjalanan pulang ke kampung tu berhati-hati lah memandu ye. kte tak nak la mende yang tak tak baek berlaku pada hari-hari yang mulia ini.

Okeh okeh tak nak mood sedih hari-hari raya macam ni..hehe. Pagi tadi bangun-bangun je sebab dengar jam semula jadi berbunyi dengan kuat. Kalau boleh nak je aku kecikkan volume dia dan sambung tido balik. "piah piah bangun lambat ni lambat". Muka blur-blur dan mata terkebil-kebil. Ape hal mak aku ni, gempar bumi ke?

Raya dah ni Raya, ko nak duduk dalam selimut lagi buat ape? Tolong mama masak kat atas tu. Adoi..Pagi-pagi dah kene ceramah free dengan mak aku. Disebabkan aku "cuti Umum" hari ini jadi aku pagi-pagi je dah kene tinggal dgn family dan jadi orang gaji yang tak bergaji siapkan makanan dekat rumah (panaskan lauk je pun bukan masak)hahaha. Klu aku yang masak boleh terbakar dapur.Siap 'Panas lauk' dan kemas-kemas dapur semua terus bergeras ke masjid. Memang tak sabar rasanya nak tengok buat orang korban. 

Tiap-tiap tahun memang dah mengikut tradisi family mnoor ni, kene tengok lembu-lembu kene sembelih. Kalau kecik-kecik dulu tak nak pergi tengok je mesti kene marah tapi bila dah besar ni macam dah terbiasa mesti nak tengok. Kalau tak tengok lembu kene sembelih itu ibarat macam bukan Hari Raya..haha..Macam aku ini tengok je lembu-lembu kene sembelih. Macam adik aku pulak kene tolong melapah lembu tu. haha.

Tahun ni sikit pulak lembu-lembu kat Masjid Al-hidayah Taman Melawati. Semua ada dalam 10 ekor sahaja. Kalau tahun lepas ada dalam 13-14 ekor lembu tapi tak kesah lah janji suasana tetap meriah. Tengok sekor demi sekor lembu kene sebelih tibe-tibe teringat pulak, lembu family aku no berapa? Eh tak kan terlepas kot. Ruginya sebab nak amik gambar.

Tiba-tiba dengar suara abah panggil aku dari jauh. 'Piah Piah lembu kite lepas ni. Jangan lupa amik gambar darah lembu tu. Nanti bagi whatapp dekat along'. Rugi along tak dapat tengok. ha? amik gambar darah lembu @_@? Aku silap dengar ke? Ikot je lah cakap abah aku walaupun aku tak paham. Rupanya bila aku tanya mak aku baru aku paham.

Sunnat hukumnya apabila tuan punya lembu melihat darah yang memancut keluar dari lembu korbannya waktu korban. owhhhhh. Panjang jugak owh aku waktu tu..hehe.. Hari Raya korban 2013 baru aku tau mene ni.adui. Time nak amik gambar lembu ni pun agak takut sebab banyak lembu-lembu lain meronta-ronta. okeh jom tengok gambar-gambar lembu korban family aku kat bawah ni. Ini adalah satu-satunya lembu berwarna hitam dekat masjid tadi. Nampak je mcm ganas tapi ok je. Aku cuma 1 bahagian je.hehe

Lembu mnoor's berjaya ditumbangkan dengan cepat.YEAH! lembu ni tak ganas pun. Baik je..:)

Ikat dulu kami lembu sebelum disembelih takut lembu ni meronta-ronta
Bismillah sebelum start sembelih. Abah cuma wakilkan ustaz untuk sembelihkan lembu kteorang

Pakcik yang pegang lembu ni memang pro abis. Darah sampai menancut-mancut dekat seluar die

Semua orang kene pastikan leher disembelih dengan betul

Selamat akhirnya lembu mnoor's ini disembelihkan

Alhamdulillah semoga kita berjumpa di Padang Arafah nanti..:) 

No comments:

Post a Comment